Blogger Widgets Blogger Widgets

Friday 22 November 2013

Lesen Genting Highlands Transport Sdn Bhd Digantung Kuatkuasa 25 November


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen syarikat bas yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 37 penumpang di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, berkuatkuasa Isnin depan.

SPAD dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tindakan menggantung lesen pengendali syarikat Genting Highlands Transport Sdn Bhd itu diambil setelah suruhanjaya berkenaan meneliti laporan audit Industry Code of Practice (iCOP).

"Notis mengenai perkara ini telah dihantar semalam dan syarikat diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai penggantungan perkhidmatan tersebut.

"Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands," menurut kenyataan itu.

Dalam nahas 21 Ogos lepas, 16 orang turut cedera selepas bas berkenaan terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan Genting Highlands ke ibu negara. – Bernama, 19 November, 2013.

0 comments:

Post a Comment