Blogger Widgets Blogger Widgets
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Thursday, 2 January 2014

HOT COUPLE!! Yoona (SNSD) Sah Bercinta Dengan Lee Seung Gi!


Jarang kisah dari bumi Korea menjadi berita utama di sini namun berita tentang pasangan kekasih baru di dunia hiburan sana kali ini memang tidak boleh dilepaskan.

Dunia kpop memulakan tahun 2014 dengan sesuatu yang besar apabila penyanyi Lee Seung Gi& salah seorang ahli kumpulan Girls’ Generation (SNSD) YoonA disahkan kini sedang bercinta.

Pasangan ini didedahkan telah keluar bersama beberapa kali oleh agensi berita Dispatch di Korea lengkap dengan gambar dan agensi selebrriti ini masing masing mendedahkan yang mereke berdua sudah bersama sejak September lalu.

This is a huge deal dan mungkin pasangan selebriti Korea paling hangat selepas Rain dan Kim Tae Hee. Untuk perspektif anda yang tidak mengikuti dunia kpop, ini merupakan versi mereka untuk kisah percintaan Jennifer Aniston & Brad Pitt.


Lee Seung Gi bukan sahaja seorang pelakon televisyen popular di Korea, beliau juga mempunyai beberapa lagu balada yang menjadi hits dalam dunia hiburan di sana, juga seorang bintang program variety dan popular di kalangan jenama & iklan.

YoonA sendiri mempunyai kelebihan sendiri sebagai salah seorang bintang Korea dengan nilai komersial terbesar melalui iklan & jenama selain bergelar model juga pelakon drama TV. Beliau juga dinobatkan sebagai salah seorang wanita tercantik di Asia.

Peminat juga rata rata senang dengan hubungan baru Lee Seung Gi & YoonA SNSD dan berharap mereka kekal selamanya. Aww. - rotikaya

Thursday, 21 November 2013

Amy Search Sah Diri Muflis Kerana Dikhianat


Amy Search akhirnya membuka mulut tentang isu muflis yang pernah menjadi perhatian ramai sebelum ini dan lagenda rock Malaysia ini mengakui yang dirinya muflis kerana perbuatan khianat kawan sendiri & akan membawa kes ini ke mahkamah.

“Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan”

“Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana saya akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya,” jelas Amy Search.

Amy Search di’khabarkan telah gagal untuk membayar sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009 dan ianya telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan beliau diisytihar sebagai muflis. - rotikaya

Wednesday, 9 October 2013

KG Gangster 2 Bakal Pecah BOX OFFICE?!!

HAHAHAHA...SERIUS LAWAK!! Kreatif habis sapa yang buat video ni!


Monday, 9 September 2013

Punca KL Gangster 2 Bocor Di Pasaran!!


Punca filem KL Gangster 2 bocor ke Internet - Kebocoran filem KL Gangster 2 ke internet  beberapa hari lepas mengundang satu kejutan besar buat penonton yang terus sabar menantikan penayangannya secara rasmi pada 3 Oktober ini.

Rata-rata peminat melahirkan rasa simpati dengan kejadian tidak dijangka itu dan menggesa agar individu yang bertanggungjawab membocorkan filem berkenaan segera dibawa ke muka pengadilan untuk menerima hukuman.

Berhubung punca kebocoran KL Gangster 2 kepada umum, penerbitnya, Yusof Haslam memberitahu bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu tiada kaitan dengan pembabitan orang dalam, dipetik dari Sinar Harian.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu."

Menurut Yusof, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

"Filem yang berbentuk digital format itu memang senang untuk disalin malah boleh dimuatnaik terus ke internet untuk tontonan secara percuma."

"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni. Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri."

Wednesday, 4 September 2013

24 Gambar HOT Neelofa Sambut Merdeka Di London


Kalau bercakap tentang kisah peribadi Neelofa, memang tidak akan terlepas kisah hubungan beliau dengan Hans Isaac yang sebenarnya kini masih menjadi tanda tanya para peminat. Namun sejak kebelakangan ini, memang agak terasa yang peminat sendiri sudah ramai mendiamkan dari terus berbicara tentang hubungan mereka dan perkembangan ini di’anggap Neelofa sebagai sesuatu yang positif untuk karier beliau.

“Jika bandingkan dengan dulu, sekarang orang dah kurang bercakap mengenai kami. Lagipun kami berdua tidak terlalu menonjolkan diri bersama atau menunjuk gambar bersama atau ke mana-mana bersama sama”

“Jadi lama kelamaan tidak ada isu yang perlu dimainkan lagi dan semua akhirnya akan diam juga,” ujar Neelofa kepada Sinar Harian, semalam. Tapi bagi Lofa sekarang fokus Lofa adalah pada kerjaya dan suatu hari nanti jika Lofa bersedia, barulah Lofa akan ke langkah seterusnya,” kenyataan Neelofa yang kami kurang faham — langkah seterusnya dalam percintaan dengan Hans Isaac? Heh.

Dalam perkembangan berkaitan, Neelofa baru sahaja menghabiskan percutian ke London selama lima hari sejak Khamis yang lalu dan mari kita tatap gambar selebriti ini menikmati masa rehatnya di tanah Eropah sana.



















Monday, 2 September 2013

Running Man Datang Malaysia Bukan Nak Buat Episod Baru Ok?


Siapa tak kenal dengan Running Man, sebuah variety show yang semakin popular di Korea dan di seluruh dunia. Sejak rancangan ini bermula pada tahun 2010, dari episod ke episod peminat rancangan ini semakin bertambah dan ianya bukan setakat berkembang di Korea sahaja malah berkembang pesat diseluruh dunia terutamanya di negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Singapore, Indonesia dan Malaysia.

Apa yang paling dinantikan adalah kehadiran para peserta Running Man ke Malaysia. Kim Jong Kok akan ke Malaysia beberapa minggu lagi dalam promosi albumnya di Malaysia dan bukanlah kerana Running Man. Biarpun itu sudah mengubati rasa gelisah di hati penggemar rancangan ini, ramai yang bertanya dan tak sabar nak beramah-mesra dengan peserta kegemearan mereka secara terus!


Berita baik kerana kemungkinan Running Man akan datang ke Malaysia sekitar bulan September 2013 ini apapun ianya masih belum diumumkan secara rasmi. Apapun kehadiran mereka di Malaysia bukanlah untuk merakamkan salah satu episod baru untuk siri Running Man tetapi sekadar untuk BERTEMU PEMINAT mereka di Malaysia! Itu pun dah cukup awesome bukan?! Tapi sedikit mengecewakan apabila produksi mereka telah mengesahkan ketidakhadiran Song Ji Hyo kerana jadualnya yang padat.

Apapun kalau nak Running Man datang buat rakaman ke Malaysia, kami dimaklumkan perlu ada tindakan dari Kementerian Pelancongan negara ini sendiri untuk menjemput mereka dan baru mereka akan datang untuk membuat penggambaran jika semua perbincangan berjalan lancar. Bagi kami ianya salah satu cara terbaik untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia melalui rancangan seperti Running Man ini. Kementerian Pelancongan, bolehlah take note dan berfikir lebih kreatif lagi. Heh!


Psst! Dalam ramai-ramai ahli Running Man, siapa yang paling korang suka?

Thursday, 29 August 2013

KL Gangster 2: Syamsul Yusof Mengamuk Filem Dah Boleh Download!!


Telah menjadi suatu yang normal apabila pelbagai filem tempatan dan antarabangsa tersebar di internet untuk dimuat-turun selepas beberapa minggu filem ditayangkan di pawagam. Apapaun lain pula ceritanya dengan filem KL Gangster 2 ini apabila telahpun tersebar di internet sebelum filem ini ditayangkan lagi.

KL Gangster 2 yang akan mula ditayangkan pada 3 Oktober 2013 nanti dikatakan pengarahnya, Samsul Yusof sebagai filem prequel yang bermaksud menceritakan kisah sebelumnya apa yang terjadi sebelum filem yang lepas.

"KL Gangster 2 adalah kisah SEBELUM KL Gangster 1.Kisah sebelum Malik dipenjarakan.Bukan sambungan filem yg pertama.Prequel means BEFORE atau “kisah sebelumnya” – Syamsul Yusof.

Syamsul Yusof tidak memberikan sebarang kenyataan apabila ditanya pihak kami bagaimana filem tersebut boleh tersebar di internet tetapi mengeluarkan satu kenyatan umum melalui Facebook miliknya;


Apapun dengan tersebarnya filem ini sebelum tarikh tayangan, kami percaya ianya tidak akan memberi kesan yang besar kepada jumlah kutipan filem ini apabila ditayangkan nanti memandangkan peminat filem aksi tempatan dan peminat karya Syamsul Yusof pastinya tidak akan ketinggalan untuk memenuhi ruang-lingkup pawagam untuk memberi sokongan padu pada filem ini nanti.

Walaupun link muat-turun ‘leaked’ terbabit telahpun dipadam, kami berharap agar pihak Skop Production & Grand Brilliance dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang bertanggungjawab yang kami pasti kerja pihak dalaman juga.

Tuesday, 27 August 2013

Jehan Miskin Dilabel Cetek AGAMA?!



Gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik ke laman Instagram memaparkan diri dan isteri memakai loket dikatakan berbentuk salib, peminat Jehan Miskin saling bertelagah di laman sosial milik artis lelaki terbabit.

Biarpun dia sudah memperbetulkan salah tanggapan berkenaan dengan menyatakan loket yang dipakainya bukan lambang salib, sebaliknya berbentuk tiga kelopak mirip lambang Persekutuan Pengakap, namun ia tidak diterima peminatnya.

Bahkan, ada yang yang meletakkan dirinya sebagai cetek agama kerana memakai rantai yang didakwa salah bagi seorang lelaki Islam.

Terkejut dengan peminat yang terlalu sensitif, Jehan menegaskan dia masih tahu menilai perkara yang ditegah agama.

Apabila isu ini timbul, saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib dan meminta pihak berkenaan merujuk wikipedia. Tetapi, mereka masih menyalahkan saya dan mengatakan memakai rantai bagi seorang lelaki adalah haram.

Saya dilahirkan Islam dan masih berpegang teguh pada agama. Setahu saya, lelaki diharamkan memakai emas dan rantai yang saya pakai itu bukan emas, katanya.