Blogger Widgets Blogger Widgets

Tuesday 26 November 2013

HANGAT! BETO KUSYAIRI disyaki ALONG?


Rancangan ALONG yang pernah disiarkan di RTM Suatu ketika dulu bukanlah satu rancangan yang asing bagi mereka yang membesar pada awal tahun 2000. Satu rancangan yang cukup padat dengan pelajaran yang disampaikan dalam bentuk yang sangat menarik.

Sebut Sahaja Siti Sifir, siapa yang boleh lupakan lagaknya membaca sifir penuh berimarama. Ela dan ELi? Pastinya mengukir senyuman melihat gelagat mereka. Namun watak utama rancangan tersebut tentulah si ALONG. Watak dengan kostum Kucing yang sukar untuk dilupakan. Tapi agaknya siapa disebalik kostum ALONG tersebut?

Disebalik kostum ALONG tersebut adalah BETO KUSYARI. Memang mengejutkan, namun sorry Beto, satu Malaya dah tahu. Beto Kusyairi pernah jadi maskot ALONG. Hahaha! Ini diberitahu oleh isterinya Tisha dalam temubual dengan media.

Kata Beto, walaupun terpaksa memakai kostum yang berat dan panas, tetapi hampir tiga tahun juga dia menjayakan program berkenaan. Katanya, dia seronok kerana penonton tidak tahu siapa di sebalik kostum terbabit, justeru dia boleh membuat pelbagai gelagat tanpa dilihat penonton. - Oh!artis

Friday 22 November 2013

Lesen Genting Highlands Transport Sdn Bhd Digantung Kuatkuasa 25 November


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen syarikat bas yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 37 penumpang di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, berkuatkuasa Isnin depan.

SPAD dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tindakan menggantung lesen pengendali syarikat Genting Highlands Transport Sdn Bhd itu diambil setelah suruhanjaya berkenaan meneliti laporan audit Industry Code of Practice (iCOP).

"Notis mengenai perkara ini telah dihantar semalam dan syarikat diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai penggantungan perkhidmatan tersebut.

"Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands," menurut kenyataan itu.

Dalam nahas 21 Ogos lepas, 16 orang turut cedera selepas bas berkenaan terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan Genting Highlands ke ibu negara. – Bernama, 19 November, 2013.

Thursday 21 November 2013

Amy Search Sah Diri Muflis Kerana Dikhianat


Amy Search akhirnya membuka mulut tentang isu muflis yang pernah menjadi perhatian ramai sebelum ini dan lagenda rock Malaysia ini mengakui yang dirinya muflis kerana perbuatan khianat kawan sendiri & akan membawa kes ini ke mahkamah.

“Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan”

“Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana saya akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya,” jelas Amy Search.

Amy Search di’khabarkan telah gagal untuk membayar sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009 dan ianya telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan beliau diisytihar sebagai muflis. - rotikaya

13 Tahun Mendapatkan 19 Pangkat


Sudah menjadi perkara biasa kebanyakan profesional berbangga dengan pencapaian mereka, terutamanya apabila nama-nama mereka mempunyai pangkat hasil kerja keras mereka yang bertahun.

Untuk Welin Kusuma, walaupun susah untuk mencatatkan namanya, tetapi hanya kerana dia bangga dengan menulis nama penuhnya bersama-sama dengan semua pencapaian kehormatnya yang memerlukan tiga baris dan menggabungkan 19 pangkat.

Beliau mempunyai 19 pangkat, khususnya 8 ijazah sarjana muda, 3 ijazah sarjana dan 8 gelaran profesional.
Nama keseluruhan beliau jika ditulis ialah Welin Kusuma ST, SE, SSO, SH, SKom, SS, SAP, SStat, MT, MSM, MKN, RFP-I, CPBD, CPPM, CFP, AffWM, BKP, QWP.

Anda mungkin berfikir bahawa dia mesti menghabiskan masanya dengan belajar sepanjang kehidupannya. Bagaimanapun Welin,31 hanya menghabiskan 13 tahun untuk mendapatkan kesemua gelarannya.

Dia mengambil kelas secara berturut dengan menghabiskan sepanjang hari berjalan dari satu universiti ke universiti yang lain. Ada ketika apabila semuanya menjadi sukar untuknya. Beliau menerima amaran untuk mengambil kursus-kursus lebih lama daripada masa yang biasa disyorkan dan dia juga mempunyai waktu kelas yang bertindih.

Bagaimanapun, beliau tidak membiarkan apa-apa menjadi halangan untuk beliau mencapai pencapaian yang banyak. Apabila ditanya mengapa beliau belajar begitu banyak, jawapan yang diberi kan  ialah beliau bermimpi untuk menjadi seorang perunding bersepadu yang boleh memberikan banyak  perspektif untuk pelanggan beliau.

"Ijazah profesional saya berkaitan dengan pengurusan, kewangan dan cukai," katanya. Walaupun beliau memberi tumpuan lebih kepada bidang pengurusan, beliau juga belajar undang-undang dan kejuruteraan.

*Management Economics major at STIE Urip Sumoharjo, 2001
*Bachelor of Engineering (ST) in 2004
*Law at Unair and Public Administration at Universitas Terbuka (UT), 2002
*Informatics Engineering at Sekolah Tinggi Teknik Surabaya (STTS), 2002
*English literature at UK Petra, 2003
*Bachelor’s degree in public administration and statistics at UT
*Masters of Industrial Engineering at ITS, 2004
*Masters of Science Management
*Masters of Notary at Universitas Airlangga (Unair)
*Registered financial planner, Indonesia (RFP-I)
*Certified professional in brand development (CPBD)
*Certified professional in product management (CPPM)
*Certified financial planner (CFP)
*Affiliate wealth manager (AffWM)
*Certified taxation consultant (BKP)
*Qualified wealth planner (QWP)
*Certified professional in human resources (CPHR)

Tuesday 19 November 2013

Datuk Ibrahim Ali Dipenjarakan Kerana Menghina Mahkamah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.

Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.

Selangor Bakal Menjadi Pusat Perjudian International?


Bermulanya sidang DUN Selangor yang mana majoriti barisan ADUN nya ialah dari parti DAP. Sudah pun masuk penggal ke 2 Pakatan Rakyat memerintah negeri tersebut. Namun masalah-masalah sosial masih berleluasa seperti tiada tindakan tegas.

Jika dulu rumah urut wujud ibarat cendawan selepas hujan kini pusat perjudian pula menjejak langkah.

Apa yang ingin ditekankan disini ialah apa inisiatif ADUN-ADUN PAS untuk mencegah pusat-pusat perjudian ini dari terus bercambah apatah lagi menutup terus pengoperasiannya?

PAS yang sentiasa menegakkan hukum Islam perlu mengambil tindakan tegas dalam isu ini. Sudah pun masuk penggal kedua. Tiada lagi alasan perlu menstabilkan penstrukturan negeri.

ADUN PAS perlu memikirkan apakah impak terhadap masyarakat akibat lambakan pusat perjudian ini dibawah pentadbiran kerajaan negeri. Jika perkara ini dibiarkan tidak mustahil Selangor menjadi the next Las Vegas.

Kes-kes jenayah juga pastinya kerap berlaku jika perkara ini tidak dibendung. Hukum Islam jelas menyatakan bahawa judi itu haram dan ini selari dengan parti PAS yang sentiasa menegakkan hukum Islam.

Monday 18 November 2013

iPad Emas 24 Karat! Kau Ada?


Hotel Burj Al Arab yang dikenali sebagai hotel paling mewah di dunia kini semakin membuatkan pelanggannya tersenyum apabila hotel itu menyediakan akses menggunakan iPad Emas.

Tablet emas itu disediakan sebagai satu sistem maklumat visual yang merangkumi perisian Interaktif Pelanggan (ICE). Ini untuk membolehkan para tetamu lebih mengenali dan menikmati kemudahan yang sedia ada.

iPad yang disaluti emas 24 karat itu dihasilkan oleh Gold & Co di London, sebuah syarikat yang pakar dalam membuat aksesori mewah. Pada bulan Oktober tahun lepas, syarikat itu membuat iPad rose-gold untuk Hotel itu meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

" iPad emas 24 karat dari Gold & Co, London adalah yang terunggul dalam aksesori mewah, oleh itu kita mahu ia digandingkan dengan Burj Al Arab, hotel paling mewah di dunia," kata Amjad Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Gold & Co London semasa sesi pelancaran.

"Simetrinya sangat jelas, kerana kedua-dua iPad emas dan hotel adalah unik dari segi reka bentuk luar biasa,"tambahnya lagi.

Bagi mereka yang ingin menghabiskan wang ke atas barangan emas, butik hotel ini menjual iPad emas dengan nilai USD10,200. Sebuah iPhone 5 emas, Ipad Mini emas dan BlackBerry Q10 emas juga dijual.

[TERBARU] Muka Pengawal Kes Bunuh Pegawai AMBank!


SEMALAM polis melanjutkan tahanan reman ke atas lelaki yang didakwa menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib.

Tahanan reman ke atas Laode Ardina Laude Rasila, 35,  dilanjutkan selama seminggu di mana dia akan kekal di lokap balai polis Petaling Jaya sehingga 23 November untuk disoal siasat mengenai kes bunuh dan rompak.

Suspek yang berasal dari Sulawesi itu dan memiliki MyKad palsu diiringi oleh polis memasuki kamar perbicaraan.[selanjutnya KLIK SINI]

Friday 15 November 2013

KES BUNUH, DENDAM ANTARA 2 KUMPULAN KONGSI GELAP


Ipoh - Kes pembunuhan seorang lelaki di rumah sewanya di Simpang Pulai, di sini Sabtu lepas menjurus kepada dendam antara dua kumpulan kongsi gelap, kata polis.

Siasatan dan risikan polis setakat ini mendapati kesemua suspek dan mangsa kejadian itu terlibat dalam kegiatan kongsi gelap, kata Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti empat suspek utama kes itu dan tangkapan akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.

"Kejadian itu lebih menjurus kepada dendam antara kumpulan 04 dan 08, mungkin pertelingkahan tetapi bukan semata-mata perebutan kawasan," katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis dan Pengerusi Perkep negeri Perak di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 2.30 petang Sabtu lepas, seorang lelaki berusia 22 tahun maut ditetak di kepala, badan, kaki dan tangan oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang di rumah sewanya di Taman Chandan Desa dekat Simpang Pulai.

Susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk seorang lelaki yang dipercayai pemandu kereta kumpulan itu, dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.

Mengenai kes pembunuhan seorang ahli perniagaan wanita di Lumut pula, Acryl Sani berkata polis perlu mencari keterangan yang lebih kukuh.

Polis tidak menolak kejadian bunuh itu mempunyai kaitan dengan perasaan dan emosi, katanya.

Pada 31 Okt lepas, seorang ahli perniagaan wanita yang dikenali sebagai Nariza Mustapha, 32, meninggal dunia akibat ditikam di dada menggunakan senjata tajam di sebuah unit apartmen di Lumut.

Susulan kejadian itu, polis menahan reman seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang dipercayai teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan.

Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Sementara itu, Acryl Sani berkata polis telah merakam keterangan kanak-kanak yang cedera terkena tembakan, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, dalam bentuk video.

Mohd Amar cedera selepas seorang anggota polis terlepas tembakan ketika mengosongkan pistol automatiknya jenis P99 Walther dalam kejadian di Kampung Belanja Kiri, Parit 14 Okt lepas. - BERNAMA