Blogger Widgets Blogger Widgets
There was an error in this gadget

Thursday, 2 January 2014

HOT COUPLE!! Yoona (SNSD) Sah Bercinta Dengan Lee Seung Gi!


Jarang kisah dari bumi Korea menjadi berita utama di sini namun berita tentang pasangan kekasih baru di dunia hiburan sana kali ini memang tidak boleh dilepaskan.

Dunia kpop memulakan tahun 2014 dengan sesuatu yang besar apabila penyanyi Lee Seung Gi& salah seorang ahli kumpulan Girls’ Generation (SNSD) YoonA disahkan kini sedang bercinta.

Pasangan ini didedahkan telah keluar bersama beberapa kali oleh agensi berita Dispatch di Korea lengkap dengan gambar dan agensi selebrriti ini masing masing mendedahkan yang mereke berdua sudah bersama sejak September lalu.

This is a huge deal dan mungkin pasangan selebriti Korea paling hangat selepas Rain dan Kim Tae Hee. Untuk perspektif anda yang tidak mengikuti dunia kpop, ini merupakan versi mereka untuk kisah percintaan Jennifer Aniston & Brad Pitt.


Lee Seung Gi bukan sahaja seorang pelakon televisyen popular di Korea, beliau juga mempunyai beberapa lagu balada yang menjadi hits dalam dunia hiburan di sana, juga seorang bintang program variety dan popular di kalangan jenama & iklan.

YoonA sendiri mempunyai kelebihan sendiri sebagai salah seorang bintang Korea dengan nilai komersial terbesar melalui iklan & jenama selain bergelar model juga pelakon drama TV. Beliau juga dinobatkan sebagai salah seorang wanita tercantik di Asia.

Peminat juga rata rata senang dengan hubungan baru Lee Seung Gi & YoonA SNSD dan berharap mereka kekal selamanya. Aww. - rotikaya

0 comments:

Post a Comment