Blogger Widgets Blogger Widgets

Friday 30 August 2013

Kisah Benar Budak Form 4 Melakukan Hubungan Terlarang Dengan 8 Lelaki!!


Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di
rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu - SUMBER

P/s: KALAU ADIK GUA NI DAH LAMA GUA PIJAK2 KN..PARENTS KAT LUAR TU BEWARE LA YE..JANGAN JADI MACAM PERKARA DIATAS

Senarai-Senarai Kongsi Gelap Yang Dah Sah-Sah Wanted!


Kepada geng-geng lain yang belum dikenal pasti tu lu orang ingat lu orang boleh duduk diam ka? 

P/s: Nasib baik gua Geng Bas Sekolah...phewww



Ketua Menteri Pulau Pinang "Nasihat" Bukan "Larang" Tayang TANDA PUTERA



KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Filem patriotik 'Tanda Putera' akan ditayangkan di pawagam di Pulau Pinang mulai Sabtu ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau dalam status terbaharunya di laman sosial Facebooknya berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan pembangkang sebagai kontroversi itu.

Namun Lim dalam satu kenyataan hari Khamis berkata ia berupa nasihat dan bukannya larangan.

"Mungkin atas desakan dan kemarahan rakyat atas tindakan tidak bijak melarang tayangan Tanda Putera, pihak pawagam terima surat baru - NASIHAT bukan ARAHAN," kata Shabery.

Katanya jika benar ada babak-babak fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam filem itu, mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis dan aduan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

-- BERNAMA

Thursday 29 August 2013

Ahli Politik Ternama Terlibat Dalam Kongsi Gelap Didedahkan!



Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam Negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21", dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan "Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang disana.

"Geng 3 Calit" Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda",katanya.

KL Gangster 2: Syamsul Yusof Mengamuk Filem Dah Boleh Download!!


Telah menjadi suatu yang normal apabila pelbagai filem tempatan dan antarabangsa tersebar di internet untuk dimuat-turun selepas beberapa minggu filem ditayangkan di pawagam. Apapaun lain pula ceritanya dengan filem KL Gangster 2 ini apabila telahpun tersebar di internet sebelum filem ini ditayangkan lagi.

KL Gangster 2 yang akan mula ditayangkan pada 3 Oktober 2013 nanti dikatakan pengarahnya, Samsul Yusof sebagai filem prequel yang bermaksud menceritakan kisah sebelumnya apa yang terjadi sebelum filem yang lepas.

"KL Gangster 2 adalah kisah SEBELUM KL Gangster 1.Kisah sebelum Malik dipenjarakan.Bukan sambungan filem yg pertama.Prequel means BEFORE atau “kisah sebelumnya” – Syamsul Yusof.

Syamsul Yusof tidak memberikan sebarang kenyataan apabila ditanya pihak kami bagaimana filem tersebut boleh tersebar di internet tetapi mengeluarkan satu kenyatan umum melalui Facebook miliknya;


Apapun dengan tersebarnya filem ini sebelum tarikh tayangan, kami percaya ianya tidak akan memberi kesan yang besar kepada jumlah kutipan filem ini apabila ditayangkan nanti memandangkan peminat filem aksi tempatan dan peminat karya Syamsul Yusof pastinya tidak akan ketinggalan untuk memenuhi ruang-lingkup pawagam untuk memberi sokongan padu pada filem ini nanti.

Walaupun link muat-turun ‘leaked’ terbabit telahpun dipadam, kami berharap agar pihak Skop Production & Grand Brilliance dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang bertanggungjawab yang kami pasti kerja pihak dalaman juga.

Tuesday 27 August 2013

Gadis-Gadis Urut Lari Dalam Keadaan Bogel!


SHAH ALAM – Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel selepas premis tempat mereka bekerja di Bukit Tinggi, Klang, di sini, diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Sumber

Jehan Miskin Dilabel Cetek AGAMA?!



Gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik ke laman Instagram memaparkan diri dan isteri memakai loket dikatakan berbentuk salib, peminat Jehan Miskin saling bertelagah di laman sosial milik artis lelaki terbabit.

Biarpun dia sudah memperbetulkan salah tanggapan berkenaan dengan menyatakan loket yang dipakainya bukan lambang salib, sebaliknya berbentuk tiga kelopak mirip lambang Persekutuan Pengakap, namun ia tidak diterima peminatnya.

Bahkan, ada yang yang meletakkan dirinya sebagai cetek agama kerana memakai rantai yang didakwa salah bagi seorang lelaki Islam.

Terkejut dengan peminat yang terlalu sensitif, Jehan menegaskan dia masih tahu menilai perkara yang ditegah agama.

Apabila isu ini timbul, saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib dan meminta pihak berkenaan merujuk wikipedia. Tetapi, mereka masih menyalahkan saya dan mengatakan memakai rantai bagi seorang lelaki adalah haram.

Saya dilahirkan Islam dan masih berpegang teguh pada agama. Setahu saya, lelaki diharamkan memakai emas dan rantai yang saya pakai itu bukan emas, katanya.