Blogger Widgets Blogger Widgets

Wednesday, 9 October 2013

Predator Malaysia Dikenal Pasti Bukan Gila Glamour



Kuala Lumpur: “Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,”.

Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.

Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia.

“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.





DR Jim bersama sut lengkap Predator dan motosikalnya.

“Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kliniknya, di sini, semalam – Hmetro Online



KG Gangster 2 Bakal Pecah BOX OFFICE?!!

HAHAHAHA...SERIUS LAWAK!! Kreatif habis sapa yang buat video ni!


[INFO]Apa Maksud Garisan Berwarna Di Ubat Gigi?




APAKAH MAKNA WARNA DI BELAKANG UBAT GIGI | Pernahkah anda mengambil tahu apakah maksud garisan berwarna yang dilabel di belakang ubat gigi yang anda beli?

Anda pasti perasan terdapat perbezaan garisan warna pada produk ubat gigi yang berada di pasaran kini.

Anda tahu maknanya?

Hijau : Semulajadi
Biru : Semulajadi + ubatan
Merah : semulajadi + bahan kimia
Black : Pure bahan kimia
Ubat gigi dengan garisan berwarna apakah yang menjadi pilihan anda sekeluarga?

GIGI SIHAT SEPANJANG HAYAT.

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK YANG ANDA GUNA SETIAP HARI.

KONGSIKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEMUA.

Wednesday, 25 September 2013

BERMULANYA HARI KEBINASAAN DAP

Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.

Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti. 
Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina. 

PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13. 

Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC. 

baca lanjut di :- DAP

Wednesday, 11 September 2013

Maut Disambar Petir


TEMERLOH, 6 Sept -- Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Yang turut menziarah jenazah ialah Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.- BERNAMA

Teori Konspirasi: Genap 12 Tahun Runtuhan 9/11



Peristiwa runtuhnya banggunan gah World Trade Centre itu sudah pun berlalu 12 tahun lamanya. Presiden Amerika Syarikat bahkan sudah menyatakan yang Al Qaeda berada di balik serangan menara kembar WTC, 11 September, 12 tahun lalu. Meskipun begitu, setidaknya masih ada lima teori konspirasi yang jadi perdebatan ramai di komunti-komuniti online. Antara 5 topik yang hangat diperdebatkan:

1. Gagal Mengesan Pesawat
    Mengapa angkatan udara terkuat di dunia gagal mengesan empat pesawat yang dirampas?

Teori konspirasi mengatakan wakil presiden Dick Cheney memerintahkan pihak tentera diam dan tidak       menghalang pesawat itu.

2. Runtuhnya Menara Kembar
Mengapa Menara Kembar runtuh begitu cepat di atas landasannya setelah kebakaran di beberapa lantai yang hanya satu atau dua jam?

Teori konspirasi mengatakan Menara Kembar dirobohkan oleh penghancuran yang dikendali. Teori-teori ini berkaitan dengan cepatnya runtuhan (sekitar 10 saat), kebakaran pendek (56 minit di WTC 2 dan 102 minit di WTC 1), laporan-laporan suara "its gonna blow! sesaat sebelum runtuhan, dan tekanan yang dapat dilihat dari beberapa jendela di banyak lantai bawah.

3. Serangan terhadap Pentagon
Bagaimana pilot amatur menerbangkan pesawat komersial dengan kawalan kompleks merempuh markas besar tentera paling kuat di dunia, 78 minit setelah laporan pertama kemungkinan perampasan pesawat, dan tak meninggalkan jejak?

Teori konspirasi mengatakan pesawat komersial Boeing 757 tidak merempuh menara, tapi dilakukan sebuah peluru berpandu, pesawat kecil, atau pesawat tanpa pemandu.

4. Pesawat Keempat United Airlines 93
Mengapa tempat pesawat jatuh di Shanksville, Pennsylvania, begitu kecil dan mengapa pesawat itu menjunam jatuh tidak terlihat?

Teori konspirasi mengatakan pesawat United Airlines 93 ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan hancur di udara, cebisan berserakan di area yang luas. Selain itu, tentera tidak pernah memberikan perintah kepada angkatan udara untuk menembak pesawat komersial.

5. Runtuhnya WTC Menara 7
Bagaimana sebuah banggunan pencakar langit yang tidak dilanggar pesawat roboh begitu cepat dan simetris, padahal tak ada pencakar langit berangka baja yang runtuh kerana api?Pejabat bantuan darurat, CIA, dan Secret Service berpejabat di World Trade Center Building 7.

Teori konspirasi mengatakan World Trade Center Building 7 dirobohkan oleh penghancuran terkendali dengan menggunakan bahan peledak dan bom.

Namun begitu ramai mengatakan bahawa ini salah satu helah untuk mendapatkan bahan mentah dan memperluaskan radius ketenteraan Amerika di Afghanistan.

Osama bin Laden yang diperkatakan pengganas yang bertanggungjawab atas serangan WTC itu dikatakan merupakan seorang anak didik CIA. Secara automatiknya imej umat Islam pada ketika itu tercalar dan dikecam sebagai pengganas.

Sampai ke hari ini tiada siapa pernah melihat mayat Osama Bin Laden yang kononnya ditembak mati oleh komando-komando tentera amerika. Jika benar mati kenapa tidak ditunjukkan secara meluas di seluruh dunia mayatnya? 

Ternyata Amerika ingin menutup lubang yang hampir dipecahkan. Sehinggakan mayat Osama bin Laden pun dicampakkan ke laut dalam mungkin kerana tidak mahu ada pihak2 yang mahu menganalisa tubuh mayat itu.

Kenapa Amerika melaksanakan taktik ini?
Jelas musuh Amerika ialah negara-negara besar. Terutamanya China kerana China menggunakan hampir 80% bahan minyak mentah untuk beroperasi di negara itu. Kenapa Amerika tidak menyerang China?

China merupakan sekutu Amerika. Namun ada teori mengatakan Amerika agak terancam dengan China kerana kebanyakkan hasil datang daripada China atau boleh dikatakan China memproses duit lebih banyak dari Amerika.

Sebab itu Amerika mengambil langkah kotor dengan menyerang negara-negara Islam seperti Afghanistan, Syria dan macam2 lagi. Kenapa? Kerana negara-negara ini terkenal dengan bahan minyak mentah yang banyak. Jadi dengan menyerang negara-negara ini Amerika dapat mengawal minyak mentah tersebut dan secara tak langsungnya dapat menyekat penghantaran minyak mentah ke negara China.

Satu lagi teori konspirasi mengatakan jika ada rampasan kuasa di negara Malaysia ini, pihak Amerika akan meletakkan kapal yang sebesar 4 padang bola itu disekitar Sarawak dan mengawal Selat Melaka. Kenapa kawal Selat Melaka? Sebab nak sekat kapal-kapal dari menghantar bahan minyak mentah ke negara China yang memerlukannya untuk mengoperasikan kebanyakkan industri di negara itu.

Jika difikir-fikirkan kenapa perlu menyerang negara-negara Islam? Jawapannya jelas dan mudah ini kerana dalang disebalik serangan dan rancangan itu merupakan rancangan Yahudi yang sememangnya musuh Islam. Pihak Yahudi ingin melaksanakan pelan '1 World' dimana yahudi mengawal kewangan ekonomi satu dunia.

Ini hanyalah sekadar teori dan pandangan penulis serta kajian-kajian yang dilakukan. Jika anda prihatin, dalamilah isi yang tersirat dan tersurat sepanjang penulisan ini. Hari ini genap 12 tahun sejak kejadian runtuhnya World Trade Centre. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada umat-umat Islam yang terkorban semasa runtuhan itu dan semasa peperangan yang dilancarkan oleh Amerika terhadap negara-negara Islam.

Benarkah Mahasiswa UM ini Dianiya ?





Gua bukan nak masuk ehwal politik Malaysia, atau politik kampus ni, tapi gua rasa, maklumat ini harus disebarkan. setiap tahun budak2 bijak pandai ni, (konon la) akan adakan pilihanraya Kampus, gua dulu pun belajar tak pandai sangat, tu gua yang x ade pengalaman dalam PRK ( K merujuk kepada Kampus) ni. 

tapi gua nak bgtau :


  1.  2 tahun lepas, lu cerita budak lu kena culik, last2 kawin dengan lu punya member gak. ( bekas lu punya presiden, siap mak lu keluar berita rayu untuk anak lu, last2 bila jumpa orang nak hantar pergi cek Dr. mak lu ngan lu kate nak rushing, flight g indon, tapi kantoi lu dan mak lu pergi kempen kat PRK ( K merujuk kepada Kecil
  2. tahun lepas, lu kate budak lu kena pukul, apa nama itu budak, edie kwok ke apa, tapi wa percaya, itu semua lu punya rancangan, untuk meraih publisiti murahan. ( sama macam kes kepala khinzir dulu2 juga).
  3. ini tahun lu pasti nak gunakan ini kisah, konon lu punya kawasan kena jajah, lu cerita semua pasal asasi manusia, tapi lu yang cuba berdusta. ini wa nak bgtau kisah sebenar, supaya semua orang x kena konar.

lu boleh baca ini blog untuk cerita sebenar :- PRO M Kantoi