Blogger Widgets Blogger Widgets

Wednesday, 4 September 2013

24 Gambar HOT Neelofa Sambut Merdeka Di London


Kalau bercakap tentang kisah peribadi Neelofa, memang tidak akan terlepas kisah hubungan beliau dengan Hans Isaac yang sebenarnya kini masih menjadi tanda tanya para peminat. Namun sejak kebelakangan ini, memang agak terasa yang peminat sendiri sudah ramai mendiamkan dari terus berbicara tentang hubungan mereka dan perkembangan ini di’anggap Neelofa sebagai sesuatu yang positif untuk karier beliau.

“Jika bandingkan dengan dulu, sekarang orang dah kurang bercakap mengenai kami. Lagipun kami berdua tidak terlalu menonjolkan diri bersama atau menunjuk gambar bersama atau ke mana-mana bersama sama”

“Jadi lama kelamaan tidak ada isu yang perlu dimainkan lagi dan semua akhirnya akan diam juga,” ujar Neelofa kepada Sinar Harian, semalam. Tapi bagi Lofa sekarang fokus Lofa adalah pada kerjaya dan suatu hari nanti jika Lofa bersedia, barulah Lofa akan ke langkah seterusnya,” kenyataan Neelofa yang kami kurang faham — langkah seterusnya dalam percintaan dengan Hans Isaac? Heh.

Dalam perkembangan berkaitan, Neelofa baru sahaja menghabiskan percutian ke London selama lima hari sejak Khamis yang lalu dan mari kita tatap gambar selebriti ini menikmati masa rehatnya di tanah Eropah sana.



















Tuesday, 3 September 2013

Badan Putus Dua! Jangan Tengok Kalau Lemah Semangat!


ni serius ngeri. Badan pembonceng motosikal yang dipercayai seorang perempuan terputus dua selepas terlibat dengan satu kemalangan (maaf! tiada info lanjut mengenai kemalangan). Kat bawah ni gambar badan perempuan yang terputus dua itu yang diambil di lokasi kejadian. Tapi sebelum tu nak ingatkan, better jangan tengok kalau tak kuat semangat.

Sekarang menjadi tanda tanya , kemalangan yang bagaimanakah yang telah berlaku sehingga menyebabkan badan penumpang motosikal tersebut terputus dua? Apa-apa pun, harap ini menjadi iktibar kepada kita semua agar sentiasa berhati-hati di jalan raya. Yang selalu bawak motor lelaju tu especially ‘mat rempit’, sayangilah nyawa anda dan nyawa orang lain, ingat orang tersayang.- sumber


UPSR DATANG LAGI!!!


KUALA LUMPUR: Seramai 478,848 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan menduduki peperiksaan bertulis mulai 10 hingga 12 September ini di 8,268 pusat peperiksaan di seleruh negara.

Kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia pada Isnin menyebut, daripada jumlah itu, 469,882 adalah pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu.

"Seramai 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik dan calon diingatkan untuk merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi," katanya.

Menurut kenyatan itu, jadual waktu peperiksaan telah diedar ke sekolah danboleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

"Calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan bagi memastikan urusan pengendalian peperiksaan berjalan lancar," katanya. - BERNAMA

Antara Sebab Minyak Naik 20 Sen #minyak


Harga minyak ikut pasaran dunia. No way kita boleh kawal utk brgn mcm ni. Byk barangan yg harganya bukan dlm kawalan kita. Yg kita boleh buat:

1. Subsidi
2. Rationalise subsidi yg diberi supaya targetted kpd golongan sasar
3. Squeeze pembekal & persatuan pengimport/pengilang, etc
4. Tingkatkan pendapatan rakyat.

Dlm kes petrol, subsidi yg diberi lebih untungkan pengguna yang kaya dr rakyat berpendatan rendah. Cth klu ada mamat ni pakai kereta 4.0 cc , berbanding rakyat yg pakai motor, subsidi sebenarnya lebih byk kpd mamat tuh berbanding rakyat yg pakai motor.

Asasnya sama - yg pakai kereta besar - Penggunaan petrol lebih tinggi; rakyat yg berpendapatan RM3000 ke bawah tak mungkin guna lebih byk petrol dr yg guna kereta-kereta besar ni. Kerajaan bg balik dlm bentuk cash via BRIM dan lain-lain.

Rakyat berpendapatan rendah guna petrol tp x byk mcm kita. Mcm mereka guna gula & tepung juga. Mcm mana nak elak subsidi org yg guna jauh lebih byk dr mereka dan beri subsidi sebenar kpd yg layak?

Skrg ni pun subsidi gula kita yg byk guna kedai2 dan restoran2. Starbuck ttp harga mahal wlupun dpt subsidi gula mcm kita.

So mcm mana nak rationalisekan subsidi supaya sedara mara yg miskin dan berpendapatan rendah di kampung tu yg betul-betul dpt? Salah 1 caranya, bg cash atau rebate..

Klu boleh mmg kita nak semua benda murah & free. Tp dlm keadaan harga barang kat dunia yg tak terkawal no way kita mampu subsidikan byk benda.

Eventually semua barang akan naik harga sbb no way kita boleh kawal harga barang di dunia global. Sebab itu kerajaan kena cari jln tingkatkan pendapatan rakyat. Subsidi ni hanya cara lama utk kawal inflasi. It works masa ekonomi tertutup.

Bila ekonomi dah terbuka, dah tak boleh kawal dah. Skrg ni boleh la Felda beli kilang gula. Tapi kalau semua negara keliling kita dah naik harga mcm2 benda, agak2 kos maintenance kilang gula x naik juga ke?
Saya berani ckp, menilai kpd perkembangan kenaikan gaji dan sara hidup termasuk di China, siapa pun yg perintah negara ni tak boleh bertahan.

Terpulanglah klu rasa nak tukar kerajaan sbb harga minyak, akhirnya saya yakin kita akan dpt kerajaan yg tetap akan naikkan harga minyak minus perjuangan agama & bangsa

Monday, 2 September 2013

KETUA GENG 36 TUMBANG!





IPOH: Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah di sini pada Ahad merupakan ketua Geng 36 di Batu Gajah.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, S. Jambu Keshan, 39, dipercayai ditembak mati oleh musuh kumpulan tersebut kerana ada kaitan dengan dadah.


“Kami juga percaya insiden itu ada kaitan dengan pertelingkahan di antara ahli kumpulan mangsa, Geng 04 dan Geng 08,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.


Jambu Keshan mati ditembak oleh seorang lelaki bertopeng berhampiran restoran bapanya di Taman Rishah di sini kira-kira pukul 7.15 pagi Ahad.


Mohd Dzuraidi berkata, polis telah merakam keterangan dua orang saksi dan percaya suspek yang terlibat dalam insiden itu lebih daripada dua orang.


“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari kedai berhampiran menunjukkan lelaki bertopeng itu manakala cermin kereta Toyota Vios yang dipandu rakan suspek itu berwarna gelap.


-mStar

Running Man Datang Malaysia Bukan Nak Buat Episod Baru Ok?


Siapa tak kenal dengan Running Man, sebuah variety show yang semakin popular di Korea dan di seluruh dunia. Sejak rancangan ini bermula pada tahun 2010, dari episod ke episod peminat rancangan ini semakin bertambah dan ianya bukan setakat berkembang di Korea sahaja malah berkembang pesat diseluruh dunia terutamanya di negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Singapore, Indonesia dan Malaysia.

Apa yang paling dinantikan adalah kehadiran para peserta Running Man ke Malaysia. Kim Jong Kok akan ke Malaysia beberapa minggu lagi dalam promosi albumnya di Malaysia dan bukanlah kerana Running Man. Biarpun itu sudah mengubati rasa gelisah di hati penggemar rancangan ini, ramai yang bertanya dan tak sabar nak beramah-mesra dengan peserta kegemearan mereka secara terus!


Berita baik kerana kemungkinan Running Man akan datang ke Malaysia sekitar bulan September 2013 ini apapun ianya masih belum diumumkan secara rasmi. Apapun kehadiran mereka di Malaysia bukanlah untuk merakamkan salah satu episod baru untuk siri Running Man tetapi sekadar untuk BERTEMU PEMINAT mereka di Malaysia! Itu pun dah cukup awesome bukan?! Tapi sedikit mengecewakan apabila produksi mereka telah mengesahkan ketidakhadiran Song Ji Hyo kerana jadualnya yang padat.

Apapun kalau nak Running Man datang buat rakaman ke Malaysia, kami dimaklumkan perlu ada tindakan dari Kementerian Pelancongan negara ini sendiri untuk menjemput mereka dan baru mereka akan datang untuk membuat penggambaran jika semua perbincangan berjalan lancar. Bagi kami ianya salah satu cara terbaik untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia melalui rancangan seperti Running Man ini. Kementerian Pelancongan, bolehlah take note dan berfikir lebih kreatif lagi. Heh!


Psst! Dalam ramai-ramai ahli Running Man, siapa yang paling korang suka?

Syamsul Yusof Kurung Diri Dalam Bilik! Filem KL Gangster 2 Disabotaj!


Pengarah muda berbakat besar melahirkan perasaan cukup kecewa diatas pencerobohan terhadap filemnya KL Gangster 2 ke laman Internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam, Syamsul sangat tertekan dengan kejadian yang berlaku keatas karya yang ke lapannya kerana telah bertungkus lumus menyempurnakannya selama 2 tahun.

Malah, Datuk Yusof juga memberitahu bahawa Syamsul tidak boleh tidur dan hanya mengadap komputer didalam bilik kerana mahu memadamkan setiap link yang telah tersebar di laman Internet.

“Sebagai pembikin filem, Syamsul cukup kecewa. Semasa tahu dia tahu tentang berita ni, dia hubungi ibunya dulu. Kemudian dia hubungi saya. Saya jumpa dia dan saya peluk dia. Saya beri dia semangat. Saya katakan padanya, walau apapun yang terjadi, saya akan tetap sentiasa menyokong dia.
“Sejak hari pertama dia dapat berita ni dia tak boleh tidur. Dia jaga internet. Dia pun saya tengok dah bertambah kurus”, katanya ketika di sidang media khas bagi menghuraikan isu filem KL Gangster 2 telah dibocorkan di internet.

Dalam pada itu juga ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail yang turut hadir pada sidang media itu juga memberitahu bahawa Syamsul asyik berkurung didalam biliknya sahaja sejak kejadian itu berlaku.
“Dia asyik berkurung dalam bilik. Katanya dia nak berjuang habis-habisan. Dia nak padamkan link-link yang keluar di internet”, katanya.
KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem ini juga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura. - sumber